Wednesday, 10 August 2011

BEES: BRUNEI ENTREPRENEURSHIP EDUCATION SCHEME

Dengan hormat sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan akan memperkenalkan program keusahawanan “Brunei Entrepreneurship Education For Schools (BEES)” anjuran bersama Syarikat Minyak Shell Sdn Bhd. dan Universiti Brunei Darussalam pada Bulan Sept 2011.

Untuk makluman, Kementerian Pendidikan telah memberi mandat Jabatan Perkembangan Kurikulum melaksanakan program tersebut di sekolah-sekolah yang dipilih. Antara tujuan program ini ialah untuk mensejajarkan peta strategik Kementerian Pendidikan antara lain memberi fokus kepada amalan ’Entrepreneural Skills’ dalam kurikulum sekolah SPN21.

10 buah sekolah akan dipilih bagi tahun pertama dan sekolah-sekolah menengah kerajaan akan dilibatkan secara berfasa ditahun-tahun berikutnya.

Wassalam

No comments: